CILI KASI TARUK! NGA TIDAK PERNAH GAGAL BUAT KECOH KETIKA SIDANG DUN!

Kecoh pembangkang di Perak hanya kerana Sidang Dun yang dijalankan baru-baru ini hanya dalam tempoh yang singkat iaitu separuh hari. Macam-macam pertikaian ditimbulkan bagi menampakkan imej kepimpinan negeri yang tidak telus. Padahal, kepimpinan parti pembangkang sendiri tidak telus.

Adun Kepayang , Nga Kor Ming dalam sidang media ketika persidangan berkenaan menyatakan bahawa wakil rakyat sukar melaksanakan tugas dek kerana tempoh sidang dun yang singkat.

Persoalannya adakah Nga hanya berkhidmat kepada rakyat Kepayang hanya ketika sidang dun. Pada hari-hari biasa adakah Nga menjalankan tanggungjawabnya atau hanya sibuk mencanang keburukan BN yang tiada pucuk pangkalnya. Itulah kepakaran Nga yang semua orang tahu, mencetuskan kekecohan dan mencemarkan imej kerajaan.

Nga menerusi sidang medianya turut membangkitkan bahawa sidang dun setengah hari ini sebenarnya telahpun menjatuhkan dan mencemarkan imej dun negeri dalam melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat.

Tugas wakil rakyat dikalangan pembangkang bukanlah hanya membangkang membuta tuli dan membuat kecoh apabila pihak kerajaan membincangkan isu-isu penting di persidangan.

Namun itulah yang dilakukan dan kemudiannya dia menyalahkan kerajaan kerana menuduh beliau membuat kecoh.

Mari kita imbas kembali sidang-sidang dun sebelum, pada mana-mana sesi pun. Adun manakah yang sering membuat kecoh.

Adun manakah yang membuat tuduhan palsu. Adun mana yang selalu mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan.

Amat jarang sekali Nga membawa isu rakyat di Kepayang semasa persidangan Dun dan kali ini dia mengatakan bahawa wakil rakyat BN penipu dan tidak telus?

Sibuk sangat menuduh ketidak telusan kerajaan sedangkan di dalam DAP sendiri pun tidak telus.

Menurut Nga, menerusi persidangan kali ini pembangkang telah mengemukakan beberapa soalan yang dikatakan berkepentingan awam.

Dan antara soalan yang dikemukakan, ‘Berapakah perbelanjaan yang digunakan untuk rumah terbuka?’

Persoalannya, dimana relevennya soalan berkenaan dengan aspek berkepentingan rakyat.

Soalan yang diberikan menunjukkan pembangkang tidak serius dalam membangkitkan isu rakyat sebaliknya lebih tamak untuk mengetahui soal wang.

Apa tidak ada sebarang masalahkah di Kepayang, tidak ada rakyat miskin di kawasan pembangkang atau adakah kawasan pembangkang tenang bagaikan di syurga.

Tersangat tidak logik. Bagaimana seorang adun lebih prihatin akan urusan wang keluar masuk MB Inc sedangkan soal rakyat di kawasannya dipandang remeh dan tidak penting.

Apakah rakyat di kawasan pembangkang lebih pentingkan aspek pengurusan MB Inc berbanding kehidupan sendiri.

Untuk makluman, dalam mana-mana persidangan dun sebarang soalan yang tidak sempat dijawab secara lisan oleh pihak kerajaan akan diberi jawapan secara bertulis.

Nga turut mengatakan BN gagal selesaikan masalah rakyat, namun pembangkang bagaimana pula?

Turun kawasan pun jarang dan kemudian nak tuduh wakil rakyat kerajaan gagal.

Sedangkan semua orang tahu, MB Perak sendiri akan turun padang bukan sahaja di kawasan sendiri malah semua kawasan di seluruh negeri menerusi program pemukiman.

Kawasan pembangkang pun MB terpaksa turun padang dek kerana wakil rakyatnya yang terlalu taksub mencari isu baru untuk dipolitikkan.

7 Responses to "CILI KASI TARUK! NGA TIDAK PERNAH GAGAL BUAT KECOH KETIKA SIDANG DUN!"


  1. شركة المثالية للتنظيف الشركة الرائدة لجميع خدمات التنظيف بالمنطقة الشرقية - خبراء النظافة الشاملة - خبرة 23 عاما تستطيعون من خلال المثالية للتنظيف الحصول علي افضل خدمات التنظيف ومكافحة الحشرات للمنازل والشقق والفلل والمجالس والمفروشات بجميع مدن ومحافظات المنطقة الشرقية بالمملكة العربية السعودية فتقدم شركة المثالية للنظافة كل ما ليديها من امكانيات وخبرات لخدمة عملائها فهي حقا افضل شركة تنظيف بالمملكة وتوفر لعملاها الخدمات بجميع المحافظات فتوفر

    شركة المثالية للتنظيف بالدمام
    شركة المثالية للتنظيف بالخبر

    شركة المثالية للتنظيف بالقطيف
    شركة المثالية للتنظيف بالجبيل
    شركة المثالية للتنظيف بالاحساء

    وتستطيعون ايضا الحصول علي تنظيف شاملة مع التعقيم والتلميع وابادة الحشراتبجودة ودقة مثالية واسعار رخيصة مع شركة تنظيف منازل بالاحساء المتخصصة في خدمة عملائها بالاحساء علي اكمل وجة

    شركة تنظيف منازل بالاحساء
    شركة تنظيف بالاحساء

    شركة المثالية للتنظيف بالاحساء

    تواصلوا معنا لمعرفة اسعار المثالية للتنظيف بالمنطقة الشرقية وخدماتها المتميزة

    ReplyDelete
  2. Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!